Jumaat, 9 September 2011

CORETAN KISAH LALU ...


Aku wanita kampung yang tidak punya apa-apa melainkan harga diri yang tinggi dan mahkota yang ku jaga selama ini , kisah aku bermula apabila aku mengenal seorng lelaki yang bernama A , A sangat baik dan caring kepada aku , tanpa aku sedar aku sudah jatuh hati kepada A , dan A tidak mengetahuinya .
Bermula lah kisah kehidupan aku , apabila aku masuk kealam sekolah menengah , aku seorang pelajar yang bijak pandai dan selalu mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang didalam peperiksaan , sehingga lah aku dipercayai dan disenangi oleh kedua ibu bapa ku dan pihak sekolah . aku seorang pelajar yang tidak gemar bersembang kosong dengan kawan-kawan kelas , melainkan yang melibatkan pelajaran . hampir satu kelas tidak menyenangiku ,kerana sikap aku yang bermuka buku .
Setiap hari aku hidup dengan buku , buku , buku dan buku , bagi aku ilmu adalah segala-galanya ,kerana tanpa ilmu , kita tidak akan Berjaya dimasa hadapan kelak . kringggggggggggg!!!!!!! , loceng pun berbunyi , menandakan sudah masuk waktu rehat sesi pertama . aku tidak turun untuk makan dan minum , manakala aku sibuk menelaah buku-buku dan subjek yang diajar sebentar sahaja tadi .
Sedang asyik aku membaca dan mengulangkaji pelajaran , waktu rehat pun sudah habis . aku terus mengemas buku-buku yang berada diatas meja , untuk belajar subjek seterusnya selepas ini . sedang asyik aku mengemas , ada seorang budak lelaki kelas aku menjerit “ hoiiiii kawan-kawan ada budak baru yang akan masuk kelas kita , nama dia ajib” aku tidak menoleh pun dengan jeritan macam itu .kerana bagiku , perkara biasa kalau budak baru masuk kesekolah ini , apatah lagi kalau ia masuk ke kelas aku .
Cikgu yang bakal mengajar subjek seterusnya pun masuk , “ ehh kamu budak baru ea ??” soal cikgu kamal kepada ajib . ajib pun bangun dari kerusi dan memperkenalkan diri nya kepada kawan-kawan dikelas . mula-mula aku ingat dia macam kawan-kawan lelaki aku yang degil dan terkejal , rupa-rupanya aku salah .dia seorang pelajar yang bersopan santun dan peramah .
Sedang asyik cikgu mengajar aku asyik memandang ajib jer , selama ne aku tak macam ini tapi kenapa dengan ajib aku lain . kringggg !!! loceng pun telah berbunyi , menandakan separuh waktu terakhir dah tamat . ajib pun datang ketempat aku dan mula berbual dengan aku, aku tersipu malu ketika berbual dengan ajib , .. aku mengenalkan diri aku kepadanya . ajib menyambut gembira tatkala aku ingin bersembang dengan nya . sedang asyik berbual , cikgu terakhir pun masuk , dan kami meneruskan pelajaran , sedang asyik mengajar , loceng pun berbunyi menandakan waktu balik .
Ajib telah memanggil aku dan menghulurkan nombor telefon dia kepada aku “senang-senang mesej lah eak” aku mengambil nombor itu dan mengiyakannya .malam pun tiba , aku terus menelefon ajib untuk kenal dengan lebih rapat lagi dengan nya , akhirnya kami berbual sampai lah larut malam .
Pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan aku mengenal ajib dengan rapat , bagiku , ajib seorang yang mengambil berat terhadap diriku .kami sentiasa bersama walau kemana sahaja , sehingga lah satu hari , keadaan hujan sangat lebat dengan guruh yang turun berdentam dentum . aku tidak membawa payung , manakala ajib membawa payung , lalu ajib cuba menawarkan untuk aku pergi kerumah nya , mula –mula aku menolak kerana segan dengan keluarganya .
Dengan keadaan aku yang basah kuyup lagi , lalu ajib memberitahuku , bahawa keluarganya tiada dirumah kerana mereka semua keluar Negara kerana ada urusan yang penting . dengan pujukan dan ajakan ajib kerumahnya , akhirnya aku akur .aku mengikut nya dengan keadaan hujan yang sangat lebat .akhirnya setelah penat berjalan , sampai jua kerumah ajib , alangkah terkejutnya aku apabila melihat rumahnya yang sangat besar . ajib pun menjemput aku masuk kedalam , “ nanti terus kebilik saya ea , bilik saya yang no 3 itu .” aku pun tak membantah dan terus masuk kedalam bilik ajib .
Kemudian ajib masuk kedalam biliknya dan mengunci pintu biliknya , aku pun tidak memikirkan apa-apa yang akan dilakukan oleh ajib kepada diriku , kerana aku sangat mempercayai ajib . kemudian ajib pun duduk disebelah aku , dan memegang tangan dan tubuhku dengan perlahan –lahan , pada mulanya aku menolak dengan usapan sebegitu , namun apakan daya , jikalau kita berdua , pasti ada orang “ ketiga (syaitan)” ,. Ajib mengajak aku melakukan hubungan terlarang itu , aku menolaknya ,.. tetapi pujukan seorang lelaki tidak mampu ditolak oleh perempuan . aku pun melakukan nya kerana sudah terlampau sayang kepada ajib.
Hujan pun reda , ajib menghantar aku pulang kerumah , sedang asyik kaki ku melangkah masuk , aku disambut gembira oleh kedua ibu bapa ku dan mereka berterima kasih kepada ajib kerana menghantarku pulang kerumah dengan selamat .disebabkan aku dipercayai oleh kedua ibu bapaku , aku tidak disoal kemana aku pergi sehingga senja baru pulang kerumah .
Beberapa bulan pun berlalu , setiap keputusan peperiksaanku sering kecundang , sehingga lah menimbulkan syak wasangka kepada ibu bapaku dan pihak sekolah . perangai aku yang dulu nya pendiam , telah menjadi semakin liar sejak aku berkenalan dengan ajib .
Akhirnya baru aku sedar yang ajib sahaja ingin permainkan aku setelah dia sudah dapat “mahkota” yang kujaga selama ini .baru ,ku sedar , cinta yang dicari tidak akan kekal , inilah balasan ALLAH kepadaku kerana sering melawan kedua ibubapaku dan guru-guru disekolah .
Coretan kisah laluku ,
Ini sekadar ilusi dan kisah masyarakat sekarang,
Harap jadikan pengajaran…

BAHANA BERTUHANKAN NAFSU


Tetiba terlintas dibenak fikiranku apa yang mak cakap dan pesan kepadaku sebentar tadi menimbulkan tanda Tanya yang mendalam dalam hati dan fikiran yang kian diawang-awangan.namun aku harus akur dengan apa yang disampai kan oleh mak tadi begitu bermakna apabila mak berkata kepadaku “ man,kalau kau kawan dengan anak dara orang,pandai-pandai lah jaga ia,kerana kalau kau tersilap langkah badan binasa dan satu lagi “benih yang baik,dicampak kelaut tetap menjadi pulau man”mak harap kau tak memalukan keluarga kita dikampung ini.sedang aku teringat akan kata-kata mak tadi,kuping telinga ku seolah-olah mendengar satu suara yang amat aku kenali. “ehhh bukan kah itu suara mia ,bekas teman wanitaku ??? detik hati kecil ku ini” ..namun aku tidak mengendahkan suara yang semakin berada kedalam rumahku, lalu kuterus mengelamun sambil memerhatikan sawah padi yang terbentang luas di belakang rumahku. “ahh indah nya cuaca sebegini rupa ,detis hati kecil ku lagi” .. lalu aku pun menongkat dagu ke beranda yang sedia ada dan mengingatkan kembali kekasih baru aku yang bernama Anastasia, aq teringat akan kenangan-kenagan manis bersama-sama dia,kerana tidak lama lagi aku dan Anastasia akan mendirikan rumah tangga dan kami akan bahagia untuk selama-lamanya dengan izin Allah S.w.t.
Benarlah kata-kata orang tua, “kusangkan panas sampai ke petang,rupanya hujan ditengahari”. Tanpa aku sedari mak sudah ada dibelakangku sambil menepuk kedua-dua bahu ku. “ man ,apa kau buat petang-petang macam ini dibelakang rumah ??” “ man sekadar ambil angin mak,jawab ku”lalu pun mak berlalu meninggalkan ku sendirian .aku amat mencintai anastasia dan aku akan merasa kosong jikalau dia tidak ada bersama ku kelak.lalu angan-anganku dalam lamunan disentak oleh mak buat sekali lagi. “ man mari masuk, ada orang sedang tunggu kau dekat ruang tamu itu.” Lalu tanpa berlengah aku pun terus mengangkat punggungku dari bangkuan yang sedia ada disitu untuk melangkah masuk kedalam rumah.sedang asyik berjalan, aku melihat raut sedih wajah mak tergambar apabila melihat aku.timbul persoalan dalam diri aku,kenapa dengan mak ini ?? adakah aku sudah membuat salah dengan nya ??lalu aku bertanya kepada mak, “ mak kenapa wajah mak Nampak sedih ?? adakah kerana man ??” namun mak tidak menjawab sepatah kata dan terus berlalu keruang tamu..
Aku amat terkejut dan tersentap apabila aku melihat sofea sedang mengendong seorang bayi lelaki ,kerana setahu aku,sofea belum menikah dan berkahwin dengan sesiapa pun.. tapi ?? kenapa sofea ada anak ?? aku menjadi pening dan terus duduk sebelah mak.
“Mak yang mia pegang ini anak siapa ?? bukan kah dia belum berkahwin dengan sesiapa pun ?? “ ini anak kamu ,jawab mak” .. aku hampir pitam dan pengsan dengan jawapan mak tadi. “ ishh mak ini main-main pula” “ betul man ini anak kita ,hasil hubungan terlarang kita dahulu,jawab mia” aku merasa tersembam dengan jawapan mia, “ ehh kamu ini jangan nak tuduh-tuduh ye !!,marah aku pada mia”.
Baru aku teringat ,bahawa aku dahulu pernah terlanjur dengan mia beberapa kali,kerana ingin memuaskan nafsu serakahku ini dengan keinginan mia juga.lalu mak menangis dan aku merasa amat bersalah dengan mak dan kekasihku Anastasia.apa yang harus aku buat sekarang ?? soalku kepada mia . “ nikah lah dengan saya bang,saya tiada siapa-siapa lagi didunia ini” .. mak pun bersetuju dengan cadangan mia tadi,tp bagaimana dengan Anastasia mak ?? soal ku kepada mak .
Kau akhirkan lah hubungan kau dengan Anastasia,.kerana mak tak ingin mia merasa derita seperti mana perempuan diluar sana rasa kan.mak percaya kau boleh laku kan untuk menutup maruah keluarga kita.akhirnya baru aku sedar bahawa cinta yang dicari adalah cinta kerana hawa nafsu,tetapi cinta yang tak dicari adalah cinta hakiki yang kekal abadi. Lalu mak pun berlalu dari ruang tamu sambil berkata “ apa mak dah pesan ?? benih yang baik,dicampak kelaut dalam pun tetap menjadi pulau” sekarang dah terbukti yang kau tak pernah nak hiraukan kata-kata mak dahulu,kerana kau bercinta kerana nafsu serakah ,bukan hati dan perasaan..pesan mak pada kau man lepas dah kahwin ini,kau kena pandai jaga anak-anak kau bila da besar ,sebab “kemana tumpahnya kuah,kalau tak ke nasi ?” .. baru lah aku menyesal akan semua perbuatanku dahulu “ sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna lagi”.akhirnya aku merana kerana aku menikahi orang yang aku tak cintai,akibat perbuatan aku dahulu ..
TAJUK : BAHANA BERTUHANKAN NAFSU
PENULIS : MOHAMAD AZROY
HASIL : KARYA
PENGAJARAN : TERDAPAT BANYAK DIDALAM.
TARIKH : 05.OGOS.2011 ( JUMAAT)

ANDAI DIRIKU PERGI


Aku hanya manusia biasa yang tak mampu merancang sesuatu dengan sebaik mungkin,kerana  aku adalah manusia yang hanya melakukan sesuatu dengan kemampuanku  sahaja..sedangkan Ilahi. Yang berhak menentukan segala galanya.aku hanya mampu berdoa  kepada yang maha esa agar setiap apa yang aku  rancangkan  berjalan dengan sebaik-baik mungkin.
Aku makhluk ciptaannya yang bernama manusia jua bukan  malaikat yang tidak pernah melakukan kekhilafan di atas muka bumi yang nyata dan sfera ini..aku tidak berdaya untuk mengelakkan sosok tubuhku daripada melakukan kekhilafan-kekhilafan yang lalu yang kerapkali berepitasi di dalam  minda fikiran hidup ku ini.
Duniaku kini bagai berada di awangan yang berterbangan  ringan merentasi atmosfera biru lazuandi yang tenang dan  indah di atas bumi. Dunia aku seolah-olah tidak bermakna diatas bumi yang realiti ini,aku rasa aku seperti berada diatas bumi khayalan mindaku..kerapkali kuterasa suasana kehidupanku yang lalu kian hilang dimamah kehidupan seharianku ini.
Duniaku  kian kelam dan suram  buatku  meneruskannya walaupun kakiku yang lesu dan longlai  ini terpaksa melangkah, serta merenangi laut china selatan malah lautan yang dipenuhi dengan lava juga . Semuanya demi mencari kehidupan sebenar yang belum  pasti ku temui disini setelah sekian lama ku merangkak mencarinya.
Walaupun kadangkala aku  terasa hiba dengan kehidupan aku sekarang,tapi aku redha dengan ketentuan ilahi terhadap diriku ini, aku bukan boneka mainan yang perlu kau  persendakan dan kau  permainkan dan begitu mudah  kau mengawalnya dengan benang penipuanmu itu,aku telah hampir menemui titik penamat dalam kehidupanku ini..
Kau umpama mentari yang menyinarkan  pancaran  kala  kirmizi menjengah  siang, serta kehidupanku yang kian  terasa kehilangan pancaran mentarimu buat diriku ini.bagaikan kehidupanmu sendiri yang sering melunturkan dirimu ketika malam  menjengah serta merebahkan dirimu itu. Setiap kekhilafan yang kau  lakukan  kepadaku sangat mudah ku ampunkan, sangat mudah ku  maafkan. Tapi.. Mengapa begitu sukar untuk engkau memaafkan kekhilafanku yang lalu. Mungkin aku  mudah memaafkan dirimu  tetapi tidak bagimu. Terserah padamu  untuk menilai  isi  hatiku, engkau bukan nabi, dan  engkau jua bukan  malaikat yang  mampu sewenang-wenangnya untuk mengatur hidupku ini. Sedangkan nabi mengampunkan umat, apatah lagi kita sebagai manusia ciptaan Ilahi yang lemah dan  tidak berdaya untuk menyongsong sesuatu dengan sebaik-baik mungkin untuk kehidupan kita dimasa hadapan  kelak.
Aku bukan  malaikat yang tidak betah melakukan kekhilafan diatas muka bumi serta dalam kehidupan seharian ku  terhadap diri kamu.. Andai aku pergi janganlah  kau meratapi kepergianku ini dengan titisan air matamu  yang turun bak mutiara dan membasahi permukaan  bumi dengan  titisan kesedihan yang  ada pada dirimu  itu,tapi sambutlah kepergiaanku  ini dengan seulas senyuman yang tergarit gembira tatkala ku sedang menongkah arus kehidupan yang baru di masa hadapan kelak. Walaupun dunia berputar ligat meniti arus kehidupan,aku harus menerima dengan dada yang lapang. Walaupun terasa kelat dan pahit  pada awalnya,tetapi kelak rasa itu akan  menjadi madu yang berterabur  manis. Dunia ini  juga ibarat roda bagi setiap manusia yang berada diatas  sfera  ini..
Walaupun nampak perih disiang hari,tapi hati ini terasa dicarik-carik oleh belati yang tajam. Demi seseorang insan lain  kau merubahkan  kontra perubahan hidupmu  pada masa sekarang. Bukan ku sahaja yang melihat akan perubahan hidupmu yang sangat  drastik itu, malah  ramai insan yang mengenali dirimu  telah melihat perubahan didalam kehidupanmu sekarang. Hati dan  perasaan  seperti barang mainan mu, mudah sahaja kau permainkan. Tetapi aku hanya mampu bersabar dengan karenah  dan telatah  mu itu.aku hanya mampu  memanjatkan seribu doa terhadap dirimu agar kau  lebih sedar akan  dosa dan kesilapan yang telah  kau lakukan  kepada diriku serta sahabat handai mu yang lain.
Bumi yang kusangkakan sebuah lokasi menunaikan apa yang telah sang Pencipta perintahkan kepada diriku untuk menunduk serta sujud dan bertawaduk  kepadanya, rupa-rupa yang aku dapat dalam kehidupan ini ialah kepahitan dan kekecewaan yang teramat sangat dalam  hidup  yang tidak ada jalan penyelesaian  dan  kesudahannya  untuk ku mendapatkan  kegembiraaanm hatiku  kembali pada masa hadapan kelak. Andai diriku  pergi untuk melangkah  meninggalkan dirimu bersama-sama teman-teman yang lain, aku sangat mengharapkan kau terus mengukir senyuman gembira dan terus melemparkan senyuman itu kepada teman-teman lain buat selama-lamanya. Janganlah kau berswasraya, terimalah dengan hati yang tenang.
Walaupun  pahit untukku  menelan semua ini  tapi  aku terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi. Walaupun terasa  perit sungguh hati ini, tapi terfikir dihatiku  yang kau  bukan  milikku lagi.. Mindaku berlegar memikirkan  kekhilafanku  ini terhadap dirimu yang kian memuncakkan api keresahan dan perubahan yang ada pada dirimu kini.   
 Dunia yang kian dimamah  usia sering sahaja dilanda masalah akhir-akhir ini..Putaran atmosfera semakin berputar dengan perlahan seperti degupan  jantungku yang semakin terhenti berdegup untuk melihat sfera ini dengan lebih indah.terasa sahaja bahawa aku tidak mampu  untuk bertahan disfera ini serta untukku menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi dengan lebih lama lagi.aku terasa kidung  kehidupanku  kian pupus dimamah usia dan sakit yang sedia ada..seolah-olah aku terasa mahu menanggis sahaja mengenangkan nasib yang telah menimpa hidupku ini..mulai hari ini aku terpaksa berdiri sendiri diatas muka bumi ini dengan kedua-dua belah  kaki ku sendiri..bukan diatas kaki dan  ihsan  orang  lain lagi.inilah yang perlu aku  rasa kan  kerana sifat keegooan aku terhadap dirimu itu.
Andai kau tetap dalam  anganku ,akanku  simpul  kenangan itu untuk diriku menjadi rapi hanya untukmu.dulu kini dan selamanya aku akan jadi begini dan terus begini untuk selama-lamanya.walaupun terpaksa aku menyimpul diri aku untuk menutup serta menghilangkan sifatku yang dulu..andai suatu masa nanti aku terpaksa pergi daripada hidupmu, Aku mengharap sangat kau seperti sediakala dan dapat melupakan aku untuk kepentingan masa hadapanmu
 Kehidupan  baruku  sangat  bererti  untukku  mengapai  impianku yang telah lama ku pendamkan  untuk  kesenanganku dimasa hadapan kelak .Terpaksalah aku memikirkan masa-masa yang akan datang untuk diriku ini.andai diriku pergi untuk selamanya,aku mengharap sangat kau boleh menerima kepergiaan aku ke alam lain.
Kelam diri ini semakin terasa dijiwa..ke alam barzakh lah tempat terakhir semua manusia termasuk lah aku akan pergi kesana untuk selamanya –lamanya..walaupun awan kumulus berarak meninggalkan dinding-dinding langit serta melabuhkan tirai coretan madah dan aksara kata,tatapi aku tidak mampu membuat apa-apa lagi dalam  kehidupan ini untuk persediaan menghadapi  masa  hadapanku dengan tenang dan dengan hati yang senang.
Walaupun aku manusia biasa tetapi aku mempunyai hati dan perasaan yang kau perlu jaga juga seperti mana kau menjaga hati dan perasaan yang bernama insan.tidak pernah kusesali apabila mengenali dirimu yang mempunyai kelebihan dihatimu.aku dapat menilai seseorang yang bernama insan dengan renungan matanya,kelakku akan ku terasa ada sesuatu yang kau sembunyikan daripada pengetahuanku hidupku ini.Aku tidak sanggup melihat betapa sengsaranya  hidupmu tanpa diriku dan teman-teman yang lain.Aku ibarat perahu tanpa pendayung yang tidak tahu kemana arus deras membawaku pergi.
Andai atmosfera ini menjadi saksi untukku melepaskan kesedihan dihati ini,akanku luahkan segala-gala kepadanya.kicauan burung dan dingin malam sahaja yang memahami kesedihan yang melanda hati ini.Hati terasa ingin berbicara walaupun kutahu kau tidak menyukaiku lagi.Diriku bagai dibayangi mimpi ngeri yang tidak ada calang-calang ganti, Kala kimizi semakin menyinarkan dirinya dan meninggalkan hening malam yang gelap dan tidak bercahaya tanpa bulan dan bintang yang berkelip menyinarkan dirinya untuk menerangi malam kegelapan itu.  
Lautan yang bergelora membuatkanku terasa ingin meninggalkan sfera ini dengan lebih cepat lagi,walaupun terasa berat sahaja hati ini ingin melafazkan kata-kata sedemikian rupa terhadap diriku.Tapi apa kan daya,kerana ajalku hampir tiba ke muara pencipta.Andai selama diri ini tersongsong kata terlepas bicara sehingga meninggalkan   kesan  dilubuk hati,harap di maafkan serta diampunkan segala salah dan silap diri ini.Walaupun terasa dilubuk hati ini bahawa diri ini tidak betah menunggu disfera ini dengan lebih lama..Tapi aku harus bersyukur kepada Ilahi kerana memberi kesempatan untukku terus hidup dan menghela nafas lega mengirup udara yang berada disfera ini..
Andai sahaja diri ini malaikat,pasti tidakku minta untuk pergi meninggalkan sfera ini dengan lebih cepat pada usia semuda ini,tetapi aku bukan Ilahi yang mampu untuk menahan kehidupan ini dengan lebih bermakna lagi..kerana aku milik sang pencipta yang kekal selama-lamanya.
Akhirnya aku temui kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan yang sebenarnya,Kerana aku bukan diatas dunia fantasi yang penuh dengan benang penipuan,tetapi aku berada diatas dunia realiti.Kerana aku telah kembali ke muara pencipta jiwa dan raga setiap makhluk yang berada diatas muka bumi ini..!!!!wasalam,…
“kepada anda yang membaca karya “Andai diriku pergi” yang telah ditulis oleh affarel aziz,anda semua diwajibkan untuk memberi komen,kapada farel”wasalam semua pembaca