Jumaat, 9 September 2011

CORETAN KISAH LALU ...


Aku wanita kampung yang tidak punya apa-apa melainkan harga diri yang tinggi dan mahkota yang ku jaga selama ini , kisah aku bermula apabila aku mengenal seorng lelaki yang bernama A , A sangat baik dan caring kepada aku , tanpa aku sedar aku sudah jatuh hati kepada A , dan A tidak mengetahuinya .
Bermula lah kisah kehidupan aku , apabila aku masuk kealam sekolah menengah , aku seorang pelajar yang bijak pandai dan selalu mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang didalam peperiksaan , sehingga lah aku dipercayai dan disenangi oleh kedua ibu bapa ku dan pihak sekolah . aku seorang pelajar yang tidak gemar bersembang kosong dengan kawan-kawan kelas , melainkan yang melibatkan pelajaran . hampir satu kelas tidak menyenangiku ,kerana sikap aku yang bermuka buku .
Setiap hari aku hidup dengan buku , buku , buku dan buku , bagi aku ilmu adalah segala-galanya ,kerana tanpa ilmu , kita tidak akan Berjaya dimasa hadapan kelak . kringggggggggggg!!!!!!! , loceng pun berbunyi , menandakan sudah masuk waktu rehat sesi pertama . aku tidak turun untuk makan dan minum , manakala aku sibuk menelaah buku-buku dan subjek yang diajar sebentar sahaja tadi .
Sedang asyik aku membaca dan mengulangkaji pelajaran , waktu rehat pun sudah habis . aku terus mengemas buku-buku yang berada diatas meja , untuk belajar subjek seterusnya selepas ini . sedang asyik aku mengemas , ada seorang budak lelaki kelas aku menjerit “ hoiiiii kawan-kawan ada budak baru yang akan masuk kelas kita , nama dia ajib” aku tidak menoleh pun dengan jeritan macam itu .kerana bagiku , perkara biasa kalau budak baru masuk kesekolah ini , apatah lagi kalau ia masuk ke kelas aku .
Cikgu yang bakal mengajar subjek seterusnya pun masuk , “ ehh kamu budak baru ea ??” soal cikgu kamal kepada ajib . ajib pun bangun dari kerusi dan memperkenalkan diri nya kepada kawan-kawan dikelas . mula-mula aku ingat dia macam kawan-kawan lelaki aku yang degil dan terkejal , rupa-rupanya aku salah .dia seorang pelajar yang bersopan santun dan peramah .
Sedang asyik cikgu mengajar aku asyik memandang ajib jer , selama ne aku tak macam ini tapi kenapa dengan ajib aku lain . kringggg !!! loceng pun telah berbunyi , menandakan separuh waktu terakhir dah tamat . ajib pun datang ketempat aku dan mula berbual dengan aku, aku tersipu malu ketika berbual dengan ajib , .. aku mengenalkan diri aku kepadanya . ajib menyambut gembira tatkala aku ingin bersembang dengan nya . sedang asyik berbual , cikgu terakhir pun masuk , dan kami meneruskan pelajaran , sedang asyik mengajar , loceng pun berbunyi menandakan waktu balik .
Ajib telah memanggil aku dan menghulurkan nombor telefon dia kepada aku “senang-senang mesej lah eak” aku mengambil nombor itu dan mengiyakannya .malam pun tiba , aku terus menelefon ajib untuk kenal dengan lebih rapat lagi dengan nya , akhirnya kami berbual sampai lah larut malam .
Pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan aku mengenal ajib dengan rapat , bagiku , ajib seorang yang mengambil berat terhadap diriku .kami sentiasa bersama walau kemana sahaja , sehingga lah satu hari , keadaan hujan sangat lebat dengan guruh yang turun berdentam dentum . aku tidak membawa payung , manakala ajib membawa payung , lalu ajib cuba menawarkan untuk aku pergi kerumah nya , mula –mula aku menolak kerana segan dengan keluarganya .
Dengan keadaan aku yang basah kuyup lagi , lalu ajib memberitahuku , bahawa keluarganya tiada dirumah kerana mereka semua keluar Negara kerana ada urusan yang penting . dengan pujukan dan ajakan ajib kerumahnya , akhirnya aku akur .aku mengikut nya dengan keadaan hujan yang sangat lebat .akhirnya setelah penat berjalan , sampai jua kerumah ajib , alangkah terkejutnya aku apabila melihat rumahnya yang sangat besar . ajib pun menjemput aku masuk kedalam , “ nanti terus kebilik saya ea , bilik saya yang no 3 itu .” aku pun tak membantah dan terus masuk kedalam bilik ajib .
Kemudian ajib masuk kedalam biliknya dan mengunci pintu biliknya , aku pun tidak memikirkan apa-apa yang akan dilakukan oleh ajib kepada diriku , kerana aku sangat mempercayai ajib . kemudian ajib pun duduk disebelah aku , dan memegang tangan dan tubuhku dengan perlahan –lahan , pada mulanya aku menolak dengan usapan sebegitu , namun apakan daya , jikalau kita berdua , pasti ada orang “ ketiga (syaitan)” ,. Ajib mengajak aku melakukan hubungan terlarang itu , aku menolaknya ,.. tetapi pujukan seorang lelaki tidak mampu ditolak oleh perempuan . aku pun melakukan nya kerana sudah terlampau sayang kepada ajib.
Hujan pun reda , ajib menghantar aku pulang kerumah , sedang asyik kaki ku melangkah masuk , aku disambut gembira oleh kedua ibu bapa ku dan mereka berterima kasih kepada ajib kerana menghantarku pulang kerumah dengan selamat .disebabkan aku dipercayai oleh kedua ibu bapaku , aku tidak disoal kemana aku pergi sehingga senja baru pulang kerumah .
Beberapa bulan pun berlalu , setiap keputusan peperiksaanku sering kecundang , sehingga lah menimbulkan syak wasangka kepada ibu bapaku dan pihak sekolah . perangai aku yang dulu nya pendiam , telah menjadi semakin liar sejak aku berkenalan dengan ajib .
Akhirnya baru aku sedar yang ajib sahaja ingin permainkan aku setelah dia sudah dapat “mahkota” yang kujaga selama ini .baru ,ku sedar , cinta yang dicari tidak akan kekal , inilah balasan ALLAH kepadaku kerana sering melawan kedua ibubapaku dan guru-guru disekolah .
Coretan kisah laluku ,
Ini sekadar ilusi dan kisah masyarakat sekarang,
Harap jadikan pengajaran…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan