Jumaat, 9 September 2011

BAHANA BERTUHANKAN NAFSU


Tetiba terlintas dibenak fikiranku apa yang mak cakap dan pesan kepadaku sebentar tadi menimbulkan tanda Tanya yang mendalam dalam hati dan fikiran yang kian diawang-awangan.namun aku harus akur dengan apa yang disampai kan oleh mak tadi begitu bermakna apabila mak berkata kepadaku “ man,kalau kau kawan dengan anak dara orang,pandai-pandai lah jaga ia,kerana kalau kau tersilap langkah badan binasa dan satu lagi “benih yang baik,dicampak kelaut tetap menjadi pulau man”mak harap kau tak memalukan keluarga kita dikampung ini.sedang aku teringat akan kata-kata mak tadi,kuping telinga ku seolah-olah mendengar satu suara yang amat aku kenali. “ehhh bukan kah itu suara mia ,bekas teman wanitaku ??? detik hati kecil ku ini” ..namun aku tidak mengendahkan suara yang semakin berada kedalam rumahku, lalu kuterus mengelamun sambil memerhatikan sawah padi yang terbentang luas di belakang rumahku. “ahh indah nya cuaca sebegini rupa ,detis hati kecil ku lagi” .. lalu aku pun menongkat dagu ke beranda yang sedia ada dan mengingatkan kembali kekasih baru aku yang bernama Anastasia, aq teringat akan kenangan-kenagan manis bersama-sama dia,kerana tidak lama lagi aku dan Anastasia akan mendirikan rumah tangga dan kami akan bahagia untuk selama-lamanya dengan izin Allah S.w.t.
Benarlah kata-kata orang tua, “kusangkan panas sampai ke petang,rupanya hujan ditengahari”. Tanpa aku sedari mak sudah ada dibelakangku sambil menepuk kedua-dua bahu ku. “ man ,apa kau buat petang-petang macam ini dibelakang rumah ??” “ man sekadar ambil angin mak,jawab ku”lalu pun mak berlalu meninggalkan ku sendirian .aku amat mencintai anastasia dan aku akan merasa kosong jikalau dia tidak ada bersama ku kelak.lalu angan-anganku dalam lamunan disentak oleh mak buat sekali lagi. “ man mari masuk, ada orang sedang tunggu kau dekat ruang tamu itu.” Lalu tanpa berlengah aku pun terus mengangkat punggungku dari bangkuan yang sedia ada disitu untuk melangkah masuk kedalam rumah.sedang asyik berjalan, aku melihat raut sedih wajah mak tergambar apabila melihat aku.timbul persoalan dalam diri aku,kenapa dengan mak ini ?? adakah aku sudah membuat salah dengan nya ??lalu aku bertanya kepada mak, “ mak kenapa wajah mak Nampak sedih ?? adakah kerana man ??” namun mak tidak menjawab sepatah kata dan terus berlalu keruang tamu..
Aku amat terkejut dan tersentap apabila aku melihat sofea sedang mengendong seorang bayi lelaki ,kerana setahu aku,sofea belum menikah dan berkahwin dengan sesiapa pun.. tapi ?? kenapa sofea ada anak ?? aku menjadi pening dan terus duduk sebelah mak.
“Mak yang mia pegang ini anak siapa ?? bukan kah dia belum berkahwin dengan sesiapa pun ?? “ ini anak kamu ,jawab mak” .. aku hampir pitam dan pengsan dengan jawapan mak tadi. “ ishh mak ini main-main pula” “ betul man ini anak kita ,hasil hubungan terlarang kita dahulu,jawab mia” aku merasa tersembam dengan jawapan mia, “ ehh kamu ini jangan nak tuduh-tuduh ye !!,marah aku pada mia”.
Baru aku teringat ,bahawa aku dahulu pernah terlanjur dengan mia beberapa kali,kerana ingin memuaskan nafsu serakahku ini dengan keinginan mia juga.lalu mak menangis dan aku merasa amat bersalah dengan mak dan kekasihku Anastasia.apa yang harus aku buat sekarang ?? soalku kepada mia . “ nikah lah dengan saya bang,saya tiada siapa-siapa lagi didunia ini” .. mak pun bersetuju dengan cadangan mia tadi,tp bagaimana dengan Anastasia mak ?? soal ku kepada mak .
Kau akhirkan lah hubungan kau dengan Anastasia,.kerana mak tak ingin mia merasa derita seperti mana perempuan diluar sana rasa kan.mak percaya kau boleh laku kan untuk menutup maruah keluarga kita.akhirnya baru aku sedar bahawa cinta yang dicari adalah cinta kerana hawa nafsu,tetapi cinta yang tak dicari adalah cinta hakiki yang kekal abadi. Lalu mak pun berlalu dari ruang tamu sambil berkata “ apa mak dah pesan ?? benih yang baik,dicampak kelaut dalam pun tetap menjadi pulau” sekarang dah terbukti yang kau tak pernah nak hiraukan kata-kata mak dahulu,kerana kau bercinta kerana nafsu serakah ,bukan hati dan perasaan..pesan mak pada kau man lepas dah kahwin ini,kau kena pandai jaga anak-anak kau bila da besar ,sebab “kemana tumpahnya kuah,kalau tak ke nasi ?” .. baru lah aku menyesal akan semua perbuatanku dahulu “ sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna lagi”.akhirnya aku merana kerana aku menikahi orang yang aku tak cintai,akibat perbuatan aku dahulu ..
TAJUK : BAHANA BERTUHANKAN NAFSU
PENULIS : MOHAMAD AZROY
HASIL : KARYA
PENGAJARAN : TERDAPAT BANYAK DIDALAM.
TARIKH : 05.OGOS.2011 ( JUMAAT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan