Aku hanya manusia biasa yang tak mampu merancang sesuatu dengan sebaik mungkin,kerana aku adalah manusia yang hanya melakukan sesuatu dengan kemampuanku sahaja..sedangkan Ilahi. Yang berhak menentukan segala galanya.aku hanya mampu berdoa kepada yang maha esa agar setiap apa yang aku rancangkan berjalan dengan sebaik-baik mungkin.
Aku makhluk ciptaannya yang bernama manusia jua bukan malaikat yang tidak pernah melakukan kekhilafan di atas muka bumi yang nyata dan sfera ini..aku tidak berdaya untuk mengelakkan sosok tubuhku daripada melakukan kekhilafan-kekhilafan yang lalu yang kerapkali berepitasi di dalam minda fikiran hidup ku ini.
Duniaku kini bagai berada di awangan yang berterbangan ringan merentasi atmosfera biru lazuandi yang tenang dan indah di atas bumi. Dunia aku seolah-olah tidak bermakna diatas bumi yang realiti ini,aku rasa aku seperti berada diatas bumi khayalan mindaku..kerapkali kuterasa suasana kehidupanku yang lalu kian hilang dimamah kehidupan seharianku ini.
Duniaku kian kelam dan suram buatku meneruskannya walaupun kakiku yang lesu dan longlai ini terpaksa melangkah, serta merenangi laut china selatan malah lautan yang dipenuhi dengan lava juga . Semuanya demi mencari kehidupan sebenar yang belum pasti ku temui disini setelah sekian lama ku merangkak mencarinya.
Walaupun kadangkala aku terasa hiba dengan kehidupan aku sekarang,tapi aku redha dengan ketentuan ilahi terhadap diriku ini, aku bukan boneka mainan yang perlu kau persendakan dan kau permainkan dan begitu mudah kau mengawalnya dengan benang penipuanmu itu,aku telah hampir menemui titik penamat dalam kehidupanku ini..
Kau umpama mentari yang menyinarkan pancaran kala kirmizi menjengah siang, serta kehidupanku yang kian terasa kehilangan pancaran mentarimu buat diriku ini.bagaikan kehidupanmu sendiri yang sering melunturkan dirimu ketika malam menjengah serta merebahkan dirimu itu. Setiap kekhilafan yang kau lakukan kepadaku sangat mudah ku ampunkan, sangat mudah ku maafkan. Tapi.. Mengapa begitu sukar untuk engkau memaafkan kekhilafanku yang lalu. Mungkin aku mudah memaafkan dirimu tetapi tidak bagimu. Terserah padamu untuk menilai isi hatiku, engkau bukan nabi, dan engkau jua bukan malaikat yang mampu sewenang-wenangnya untuk mengatur hidupku ini. Sedangkan nabi mengampunkan umat, apatah lagi kita sebagai manusia ciptaan Ilahi yang lemah dan tidak berdaya untuk menyongsong sesuatu dengan sebaik-baik mungkin untuk kehidupan kita dimasa hadapan kelak.
Aku bukan malaikat yang tidak betah melakukan kekhilafan diatas muka bumi serta dalam kehidupan seharian ku terhadap diri kamu.. Andai aku pergi janganlah kau meratapi kepergianku ini dengan titisan air matamu yang turun bak mutiara dan membasahi permukaan bumi dengan titisan kesedihan yang ada pada dirimu itu,tapi sambutlah kepergiaanku ini dengan seulas senyuman yang tergarit gembira tatkala ku sedang menongkah arus kehidupan yang baru di masa hadapan kelak. Walaupun dunia berputar ligat meniti arus kehidupan,aku harus menerima dengan dada yang lapang. Walaupun terasa kelat dan pahit pada awalnya,tetapi kelak rasa itu akan menjadi madu yang berterabur manis. Dunia ini juga ibarat roda bagi setiap manusia yang berada diatas sfera ini..
Walaupun nampak perih disiang hari,tapi hati ini terasa dicarik-carik oleh belati yang tajam. Demi seseorang insan lain kau merubahkan kontra perubahan hidupmu pada masa sekarang. Bukan ku sahaja yang melihat akan perubahan hidupmu yang sangat drastik itu, malah ramai insan yang mengenali dirimu telah melihat perubahan didalam kehidupanmu sekarang. Hati dan perasaan seperti barang mainan mu, mudah sahaja kau permainkan. Tetapi aku hanya mampu bersabar dengan karenah dan telatah mu itu.aku hanya mampu memanjatkan seribu doa terhadap dirimu agar kau lebih sedar akan dosa dan kesilapan yang telah kau lakukan kepada diriku serta sahabat handai mu yang lain.
Bumi yang kusangkakan sebuah lokasi menunaikan apa yang telah sang Pencipta perintahkan kepada diriku untuk menunduk serta sujud dan bertawaduk kepadanya, rupa-rupa yang aku dapat dalam kehidupan ini ialah kepahitan dan kekecewaan yang teramat sangat dalam hidup yang tidak ada jalan penyelesaian dan kesudahannya untuk ku mendapatkan kegembiraaanm hatiku kembali pada masa hadapan kelak. Andai diriku pergi untuk melangkah meninggalkan dirimu bersama-sama teman-teman yang lain, aku sangat mengharapkan kau terus mengukir senyuman gembira dan terus melemparkan senyuman itu kepada teman-teman lain buat selama-lamanya. Janganlah kau berswasraya, terimalah dengan hati yang tenang.
Walaupun pahit untukku menelan semua ini tapi aku terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi. Walaupun terasa perit sungguh hati ini, tapi terfikir dihatiku yang kau bukan milikku lagi.. Mindaku berlegar memikirkan kekhilafanku ini terhadap dirimu yang kian memuncakkan api keresahan dan perubahan yang ada pada dirimu kini.
Dunia yang kian dimamah usia sering sahaja dilanda masalah akhir-akhir ini..Putaran atmosfera semakin berputar dengan perlahan seperti degupan jantungku yang semakin terhenti berdegup untuk melihat sfera ini dengan lebih indah.terasa sahaja bahawa aku tidak mampu untuk bertahan disfera ini serta untukku menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi dengan lebih lama lagi.aku terasa kidung kehidupanku kian pupus dimamah usia dan sakit yang sedia ada..seolah-olah aku terasa mahu menanggis sahaja mengenangkan nasib yang telah menimpa hidupku ini..mulai hari ini aku terpaksa berdiri sendiri diatas muka bumi ini dengan kedua-dua belah kaki ku sendiri..bukan diatas kaki dan ihsan orang lain lagi.inilah yang perlu aku rasa kan kerana sifat keegooan aku terhadap dirimu itu.
Andai kau tetap dalam anganku ,akanku simpul kenangan itu untuk diriku menjadi rapi hanya untukmu.dulu kini dan selamanya aku akan jadi begini dan terus begini untuk selama-lamanya.walaupun terpaksa aku menyimpul diri aku untuk menutup serta menghilangkan sifatku yang dulu..andai suatu masa nanti aku terpaksa pergi daripada hidupmu, Aku mengharap sangat kau seperti sediakala dan dapat melupakan aku untuk kepentingan masa hadapanmu
Kehidupan baruku sangat bererti untukku mengapai impianku yang telah lama ku pendamkan untuk kesenanganku dimasa hadapan kelak .Terpaksalah aku memikirkan masa-masa yang akan datang untuk diriku ini.andai diriku pergi untuk selamanya,aku mengharap sangat kau boleh menerima kepergiaan aku ke alam lain.
Kelam diri ini semakin terasa dijiwa..ke alam barzakh lah tempat terakhir semua manusia termasuk lah aku akan pergi kesana untuk selamanya –lamanya..walaupun awan kumulus berarak meninggalkan dinding-dinding langit serta melabuhkan tirai coretan madah dan aksara kata,tatapi aku tidak mampu membuat apa-apa lagi dalam kehidupan ini untuk persediaan menghadapi masa hadapanku dengan tenang dan dengan hati yang senang.
Walaupun aku manusia biasa tetapi aku mempunyai hati dan perasaan yang kau perlu jaga juga seperti mana kau menjaga hati dan perasaan yang bernama insan.tidak pernah kusesali apabila mengenali dirimu yang mempunyai kelebihan dihatimu.aku dapat menilai seseorang yang bernama insan dengan renungan matanya,kelakku akan ku terasa ada sesuatu yang kau sembunyikan daripada pengetahuanku hidupku ini.Aku tidak sanggup melihat betapa sengsaranya hidupmu tanpa diriku dan teman-teman yang lain.Aku ibarat perahu tanpa pendayung yang tidak tahu kemana arus deras membawaku pergi.
Andai atmosfera ini menjadi saksi untukku melepaskan kesedihan dihati ini,akanku luahkan segala-gala kepadanya.kicauan burung dan dingin malam sahaja yang memahami kesedihan yang melanda hati ini.Hati terasa ingin berbicara walaupun kutahu kau tidak menyukaiku lagi.Diriku bagai dibayangi mimpi ngeri yang tidak ada calang-calang ganti, Kala kimizi semakin menyinarkan dirinya dan meninggalkan hening malam yang gelap dan tidak bercahaya tanpa bulan dan bintang yang berkelip menyinarkan dirinya untuk menerangi malam kegelapan itu.
Lautan yang bergelora membuatkanku terasa ingin meninggalkan sfera ini dengan lebih cepat lagi,walaupun terasa berat sahaja hati ini ingin melafazkan kata-kata sedemikian rupa terhadap diriku.Tapi apa kan daya,kerana ajalku hampir tiba ke muara pencipta.Andai selama diri ini tersongsong kata terlepas bicara sehingga meninggalkan kesan dilubuk hati,harap di maafkan serta diampunkan segala salah dan silap diri ini.Walaupun terasa dilubuk hati ini bahawa diri ini tidak betah menunggu disfera ini dengan lebih lama..Tapi aku harus bersyukur kepada Ilahi kerana memberi kesempatan untukku terus hidup dan menghela nafas lega mengirup udara yang berada disfera ini..
Andai sahaja diri ini malaikat,pasti tidakku minta untuk pergi meninggalkan sfera ini dengan lebih cepat pada usia semuda ini,tetapi aku bukan Ilahi yang mampu untuk menahan kehidupan ini dengan lebih bermakna lagi..kerana aku milik sang pencipta yang kekal selama-lamanya.
Akhirnya aku temui kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan yang sebenarnya,Kerana aku bukan diatas dunia fantasi yang penuh dengan benang penipuan,tetapi aku berada diatas dunia realiti.Kerana aku telah kembali ke muara pencipta jiwa dan raga setiap makhluk yang berada diatas muka bumi ini..!!!!wasalam,…
“kepada anda yang membaca karya “Andai diriku pergi” yang telah ditulis oleh affarel aziz,anda semua diwajibkan untuk memberi komen,kapada farel”wasalam semua pembaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan